Well..Hanya tinggal 13 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun yg baru,2010..Begitu pantas sekali masa berlalu serta meninggalkan seribu satu macam kenangan untuk kita abadikan..
Tahun 2009..bila dikenang kembali,sememangnya terlalu banyak yang telah saya lalui..segala yang samada menggembirakan,menyedihkan,menyakitkan hati dan sebagainya telah saya lalui..betul la kata pepatah,hidup ini bagaikan roda yang sentiasa berputar.adakala kita di atas,adakalanya kita kena berada di bawah.Begitu la apa yang telah saya lalui sepanjang 2009.Ada masa saya gembira dan tertawa,ada juga masanya untuk saya bersedih dan menangis..Namun semuanya yang berlaku,tak pernah sekali pun saya menyesalinya..tapi semuanya telah mengajar saya tentang erti kesabaran,kesempurnaan,ketekunan dalam melakukan sesuatu..Masalah-masalah yang timbul sepanjang tahun 2009 pun tidak kurang banyak,tapi saya tahu semua masalah-masalah yang timbul itu adalah berpunca dari saya sendiri.Entahlah,saya sendiri pun tak faham,kenapa la saya nie suka sangat mencari masalah.Tetapi,saya bersyukur semua masalah dapat disettlekan dengan penyelesaian yang sesuai..hehe^_^
Yang penting sekali,tahun 2009 banyak mengajar saya tentang persahabatan.saya amat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik di sekeliling saya..saya tak tahu la macam mana mereka beranggapan tentang saya.apa yang saya tahu..saya SAYANG semua kawan-kawan saya..especially Stella,Ain,Yeo,Ronald,sis Sylvia,sis Alis,Ker Shin..Tanpa mereka nie,memang sunyi la hidup saya di UPM..mereka yang telah banyak memberi dorongan kepada saya..bila mana saya memerlukan nasihat mereka,mereka sentiasa ada..Love you all..:-)
Tahun 2010..menjanjikan seribu satu macam misteri untuk saya selongkari..sepastinya lebih banyak perkara-perkara yang akan berlaku dan saya akan mendapat pengalaman-pngalaman yang baru dan juga tak ternilai harganya..saya ingin menyambut kedatang tahun 2010 dengan tangan dan hati yang terbuka..biarlah semuanya akan berjalan dengan lancar..:-)
No comments:
Post a Comment