Powered By Blogger

Wednesday, November 25, 2009

Masa untuk pulang..

Nak lama-lama tak boleh..kelas TKD sedang menanti keesokan harinya..nak tak nak terpaksa juga saya dan kawan saya meningglkan pulau yang nan indah ini..pengembaraan yang sebenar baru nak bermula sebenarnya..waa..pertama kali saya menaiki feri yang berlainan dari yang ada di sarawak..kalau di sarawak feri dia lain,lagipula feri di sarawak dipanggil express,bukan dipanggil feri..

Dah sampai di kuala kedah, kami terus menyewa teksi ke perhentian bas..sampai-sampai saja di perhentian bas, dah jam 9 malam..dah settle beli tiket terus naik bas balik KL..sayang sekali tak dapat nak menjenguk ke luar tingkap kerana keadaan malam yang gelap gelita..tiba di Puduraya dalam jam 4 pagi..nak balik upm jam macam nie,pagar bukannya buka pun..jadi saya dan kawan saya melepak la di kedai mamak..bersahur dengan orang melayu..kan first day puasa pulak masa tu..nasib baik juga ada kedai mamak tu,kalau tak,tak tau la kami nak berehat di mana..dah puas melepak kat kedai mamak,melepak pulak di cyber cafe..dapat online facebook..hehe..sempat juga kan..

Jam 6 baru la kami naik LRT pergi ke Bandar tasik selatan.dah tiba di BTS kena lagi tunggu komuter untuk pergi ke serdang..tina di upm dalam jam 7..kelas TKD start jam 830 pagi..huhu..kerana terover letih,saya tertidur pulak sehingga jam jam 830 baru bangun..then,baru la saya dan kawan saya pergi ke kelas TKD..master Wong tak juga ambil hati sangat atas kelewatan kami kerana kami telah memaklumkan pada dia dalam kelas yang lepas.lebih baik lambat daripada tak hadir langsung.lagipula dia tahu kami pasti letih..dan saya dapat rasakan latihan TKD hari itu sangat ringan dan tak memerlukan tenaga yang banyak sangat..selepas kelas kena pulak menceritakan pengalaman kami ke langkawi untuk dikongsikan kepada semua..tapi saya sangat gembira..walaupun sangat keletihan..



No comments:

Post a Comment