Powered By Blogger

Wednesday, November 25, 2009









Masa untuk pulang..

Nak lama-lama tak boleh..kelas TKD sedang menanti keesokan harinya..nak tak nak terpaksa juga saya dan kawan saya meningglkan pulau yang nan indah ini..pengembaraan yang sebenar baru nak bermula sebenarnya..waa..pertama kali saya menaiki feri yang berlainan dari yang ada di sarawak..kalau di sarawak feri dia lain,lagipula feri di sarawak dipanggil express,bukan dipanggil feri..

Dah sampai di kuala kedah, kami terus menyewa teksi ke perhentian bas..sampai-sampai saja di perhentian bas, dah jam 9 malam..dah settle beli tiket terus naik bas balik KL..sayang sekali tak dapat nak menjenguk ke luar tingkap kerana keadaan malam yang gelap gelita..tiba di Puduraya dalam jam 4 pagi..nak balik upm jam macam nie,pagar bukannya buka pun..jadi saya dan kawan saya melepak la di kedai mamak..bersahur dengan orang melayu..kan first day puasa pulak masa tu..nasib baik juga ada kedai mamak tu,kalau tak,tak tau la kami nak berehat di mana..dah puas melepak kat kedai mamak,melepak pulak di cyber cafe..dapat online facebook..hehe..sempat juga kan..

Jam 6 baru la kami naik LRT pergi ke Bandar tasik selatan.dah tiba di BTS kena lagi tunggu komuter untuk pergi ke serdang..tina di upm dalam jam 7..kelas TKD start jam 830 pagi..huhu..kerana terover letih,saya tertidur pulak sehingga jam jam 830 baru bangun..then,baru la saya dan kawan saya pergi ke kelas TKD..master Wong tak juga ambil hati sangat atas kelewatan kami kerana kami telah memaklumkan pada dia dalam kelas yang lepas.lebih baik lambat daripada tak hadir langsung.lagipula dia tahu kami pasti letih..dan saya dapat rasakan latihan TKD hari itu sangat ringan dan tak memerlukan tenaga yang banyak sangat..selepas kelas kena pulak menceritakan pengalaman kami ke langkawi untuk dikongsikan kepada semua..tapi saya sangat gembira..walaupun sangat keletihan..



Pulau Lagenda_Langkawi

tak pernah-pernah terlintas di fikiran saya akan meninjakkan kai ke Pulau Langkawi. Tapi kena percaya juga..SEBAB..saya telah berada di sana pun..haha...rasa macam bermimpi pulak ya..satu pengalaman yang sangat berharga buat saya yang saya tak mungkin dapat lupakan..walaupun cuma berada di sana 1 malam, ataupun lebih tepat lagi-tak sampai 24 jam berada di pulau itu, sangat banyak pengalaman yang telah terkumpul. Gambar-gambar untuk dijadikan kenangan masa hadapan juga ada dirakam..

Pulau Langkawi-salah satu ciptaan Tuhan yang cukup indah yang wajar kita hargai..walaupun banyak lagi tempat-tempat yang saya tak sempat nak terokai, yang mana saya percaya lebih indah daripada yang sempat kunjungi, saya tetap bersyukur..berada di dalam underwater world-melihat peguin-binatang yang sangat comel..hehe..mana taknya saya rasa dia comel..sebab peguin memang comel pun..dan banyak lagi haiwan-haiwan yang belum pernah saya ketahui dapat saya lihat di sini..berjalan kaki di kaki lima dengan kawan-kawan..walaupun disimbah dengan cahaya matahari yang terik, namun keseronokan tetap dapat dirasai..

Perubahan cuaca yang mendadak, dari panas terik bertukar kepada hujan sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kami..namun semua itu bukanlah penghalang bagi kami untuk menerokai pulau tersebut..selepas cuaca sedikit reda, kami menaiki kereta kabel..AMAT la menakutkan..tetapi apabila dijamu dengan keindahan Pulau Langkawi, ketakutan serta0merta berubah menjadi perasaan teruja..agak tinggi juga, kalau tak mempunyai semangat yang kuat,jangan harap la boleh sampai ke puncak..bayu yang meniup di puncak amat mendamaikan..kalau bukan kerana kekangan masa,mahu saja saya terus berada di situ lama-lama menikmati bayu yang amat menyenangkan itu..